Ads 468x60px

SK PADANG BERAMPAH, PETI SURAT 61, 89857, SIPITANG, SABAH.

Labels

Showing posts with label KANTIN. Show all posts
Showing posts with label KANTIN. Show all posts

Isu Kantin : Video Pemilihan Makanan Sihat


Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Artikel penuh klik PAUTAN ini.

SKPB Johan Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah 2016

Encik Kasa bin Saidi, Guru Besar SK Padang Berampah mengumumkan Kantin SK Padang Berampah telah merangkul Johan dalam Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah
Barisan ahli Jawatankuasa Kantin SK Padang Berampah 2016
Pengusaha Kantin iaitu Syarikat Nurin Enterprise telah menerima Anugerah BESS 
"Sehati Sejiwa ke Arah Kegemilangan" menjadi motto utama dalam mencapai visi dan misi kantin sekolah

Pihak sekolah menerima keputusan rasmi Pertandingan Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah 2016

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKPB dan semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung. 

Kantin SKPB merupakan JOHAN peringkat negeri Sabah 

Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk mencapai pengiktirafan ini.

Pengusaha kantin SKPB (Nurin Enterprise) juga mendapat ANUGERAH BESS: Bersih Selamat Sihat


"Sehati Sejiwa Ke Arah Kegemilangan"

Keratan Akhbar Hari Kantin Sekolah 2016


Keratan akhbar New Sabah Times pada 30 Mei 2016 
Halaman 18: Mini Karnival Kantin SK Padang Berampah Meriah 

"Sehati Sejiwa Ke Arah Kegemilangan"



Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah Fasa 2

Pada 25 April 2016 (Isnin), Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah diteruskan. SK Padang Berampah dikunjungi oleh dua orang pegawai iaitu Encik Abd Lajid Abu Hassan, Pegawai Pendidikan Kesihatan, Unit Promosi Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Encik Jaulin Bin Muhamad, Pegawai Kesihatan Persekitaran, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah diiringi penyelia dari PPD Sipitang iaitu Cik Fauziah Sarudin dan Puan Yanti Mastika Wati.














Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah

Pada 21 April 2016 bersamaan dengan hari Khamis, kantin SK Padang Berampah telah dikunjungi oleh para penilai yang terdiri daripada Puan Hasnah (Ketua Unit Kesihatan JPN Sabah), Puan Chin Kim Ling (Pegawai Sains Pemakanan Jabatan Kesihatan Sabah), Encik Suratmin Wagimin (Penolong Pengarah SPK, JPN Sabah), Puan Juhara Lapilte ( Pegawai Teknologi Makanan, Wisma BSN) diiringi penyelia dari PPD Sipitang iaitu Cik Fauziah Sarudin dan Puan Yanti Mastika Wati. 

Penilaian Berlangsung bermula kira-kira pada pukul 8.40 pagi sehingga pukul 10.30 pagi. Aspek yang telah dinilai ialah aspek Kendiri, aspek Pembangunan dan Pengurusan Kantin dan Pemakanan Sihat. Penilaian akan diteruskan pada 25 April 2016 iaitu pada hari Isnin hadapan untuk aspek Pemeriksaan Berasaskan Risiko dan aspek Promosi Kesihatan.

Berikut merupakan gambar-gambar setiap sudut yang ada di sekitar kawasan Kantin SK Padang Berampah. Rujuk lebih banyak gambar di laman facebook rasmi SK Padang Berampah. Klik pautan ini.



































































 

Followers

HUBUNGI KAMI

PEJABAT AM - 087-802088
Emel - xba6224@moe.edu.my

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH
EN AG KU JAINUDDIN BIN AG WAHAB

PORTAL INI DISELIA OLEH GURU PENYELARAS BESTARI

PORTAL INI DISELIA OLEH GURU PENYELARAS BESTARI
NURLISA BINTI KAMBA
 
Blogger Templates