Ads 468x60px

SK PADANG BERAMPAH, PETI SURAT 61, 89857, SIPITANG, SABAH.

Labels

WEBINAR SEMPENA SAMBUTAN HARI TB SEDUNIA 2021 JKN SABAH

 24.03.2021 (RABU)

WEBINAR SEMPENA SAMBUTAN HARI TB SEDUNIA 2021 JKN SABAH
KEHADIRAN :
MURID TAHUN 5 SK PADANG BERAMPAH




Pemantauan SOP oleh Pihak JPN dan PPD

 08.03.2021 (Isnin)

Pemantauan SOP pembukaan sekolah daripada pihak JPN Sabah diiringi wakil PPD Sipitang dan kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah.



I-Bimbing APSS 2021

04.03.2021 (Khamis)

I-Bimbing APSS 2021





Persiapan Pembukaan Sekolah dan disinfeksi kelas bersama dengan AJKT PIBG

 26.02.2021 (Jumaat)

Persiapan Pembukaan Sekolah dan disinfeksi kelas bersama dengan AJKT PIBG.







Pihak sekolah telah menerima sumbangan pelitup muka daripada pihak Malaysian Relief Agency

 24.02.2021 | Daerah Sipitang



MRA Sabah menyerahkan 720 Reusable Facemask & 350 Disposable Facemask kepada Pentadbir SK Padang Berampah Sipitang untuk mereka agihkan kepada murid yang bakal bersekolah bermula 1 Mac ini.

Hari Pertama Pembukaan Sekolah bagi Tahun 2021

 01.02.2021 (Isnin)

Hari pertama pembukaan sekolah bagi tahun 2021. Selamat datang murid Prasekolah, Tahun 1 dan Tahun 2.






Pertandingan Nyanyian Solo Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Negeri Sabah anjuran PPD Sipitang tahun 2020

15.12.2020

Pertandingan Nyanyian Solo Lagu-Lagu Patriotik Peringkat Negeri Sabah anjuran PPD Sipitang tahun 2020

Pencapaian SK Padang Berampah :
➡️Naib Johan kategori Tahap 1
Qahirah Maisarah Syahlil
➡️Tempat Kelima kategori Tahap 2
Lynediona Patrick





SELAMAT BERSARA TUAN ABDUL RAZAK ABDUL KARIM I KPPD SIPITANG

 08.07.2020 (Rabu)

Majlis Ramah Mesra SK Padang Berampah Bersama Tuan Abdul Razak Abdul Karim, Pegawai Pendidikan Daerah Sipitang.
Selamat bersara Sir
Jake Karim
💐
Jadikan kenangan terindah tersemat di jiwa ❤️









VIDEO KOMPILASI RAYA AIDILFITRI GURU DAN MURID SK PADANG BERAMPAH 2020

 SALAM AIDILFITRI 1441H

Video kompilasi gambar guru dan murid SK Padang Berampah menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan norma baharu sepanjang pelaksanaan PKPB.

GURU SK PADANG BERAMPAH ANTARA 25 PEMENANG ANUGERAH GURU INSPIRASI MC DONALD'S 2021

16.05.2020 (SABTU)

Cikgu Nurlisa binti Kamba iaitu Guru Penyelaras Bestari SK Padang Berampah, Sipitang, Sabah merupakan salah seorang daripada 25 orang pemenang Anugerah Guru Inspirasi Mc Donald's bagi tahun 2020.

Jumlah pencalonan pada tahun 2020 adalah hampir 5000 pencalonan. Cikgu Nurlisa dicalonkan oleh Claryssa Roberta Geduquio dari kelas 6 Azam.
Pautan video Youtube Mc Donald's : https://youtu.be/yueFeduw1gM






Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah 2017

20 FEBRUARI 2017 (ISNIN) 
Majlis Pelancaran Jom Ke Sekolah
Peringkat SK Padang Berampah yang dihadiri oleh Koperal Faizil bin Isa, Wakil Pegawai Perhubungan Sekolah, IPD Sipitang dan En. Awang bin Suradi, YDP PIBG SK Padang Berampah 2017 bersama-sama dengan warga sekolah menjayakan program pada hari ini.




Klik ALBUM untuk melihat gambar sepenuhnya.

Dialog Prestasi Ibubapa bersama Murid Tahun 6 2017

9.2.2017 (Khamis)
Dialog Prestasi Ibubapa bersama Murid Tahun 6 2017
Tahniah kepada semua ibu bapa dan penjaga yang sudi hadir pada hari ini. Semoga anak-anak kita semakin bermotivasi serta bersemangat tinggi dengan sokongan yang memberangsangkan daripada ibu bapa dan penjaga mereka. Semoga ikatan silaturrahim antara semua warga SK Padang Berampah semakin utuh.

Klik ALBUM DIALOG PRESTASI UPSR 2017 untuk paparan gambar penuh

PELAN KEDUDUKAN DAN SUSUNAN KELAS 2017

Makluman kepada ibu bapa, penjaga dan semua murid SKPB, terdapat perubahan dalam pelan kedudukan kelas bagi tahun 2017. 

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 2016

24.11.2016 (Khamis)
KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG 
SK PADANG SK Padang Berampah Sipitang 2016
dirasmikan oleh Tuan Hj Adnan Bin Othman, Ketua Unit UPK,
Pejabat Pendidikan Daerah Sipitang.

KEPUTUSAN PENUH :
JOHAN : RUMAH SUKAN HANG JEBAT (BIRU)
NAIB JOHAN : RUMAH SUKAN HANG KASTURI (KUNING)
KETIGA : RUMAH SUKAN HANG LEKIR (HIJAU)
KEEMPAT : RUMAH SUKAN HANG TUAH (MERAH)

OLAHRAGAWAN : AFYATAL LOWENSKI (HANG LEKIR)
OLAHRAGAWATI : JANEFRANCES ADIRIN (HANG JEBAT)




Klik link Facebook rasmi untuk melihat kesemua gambar

Album KOT 2016

Isu Kantin : Video Pemilihan Makanan Sihat


Sebagai ibu bapa, banyak yang anda boleh lakukan untuk menyemaikan tabiat makan yang sihat dalam diri anak anda. Anda yang menentukan apa yang perlu dimasak dan dihidangkan untuk keluarga anda. Ini adalah kerana anda merupakan orang yang paling berpengaruh dalam kehidupan mereka, dan paling layak untuk menggalakkan tabiat makan yang sihat.

Lebih penting lagi, anda berpeluang untuk menunjukkan teladan yang baik. Anak-anak menganggap anda sebagai suri teladan. Lantaran itu, anda boleh memainkan peranan paling berkesan dalam usaha melentur anak-anak dan membiasakan mereka dengan tabiat makan yang sihat, baik di rumah mahu pun di luar. Setelah menerapkan amalan ini dalam diri mereka, anda tidak perlu lagi bimbang tentang kemungkinan mereka membuat pilihan makanan yang salah.

Malangnya, masih terdapat ramai ibu bapa di Malaysia yang tidak berusaha untuk memberi anak-anak mereka makanan yang berkhasiat dan menanamkan tabiat makan yang baik sejak mereka kecil, atau apabila mereka mula bersekolah.
Jika anak anda cerewet makan, langkah pertama ialah kenal pasti punca masalah. Adakah mereka tidak mengambil sarapan? Kurang aktiviti fizikal atau kerap makan snek? Apabila sudah mengenal pasti puncanya, anda boleh mengambil langkah yang sesuai untuk menangani masalah ini.

Sebagai ibu bapa, anda memainkan peranan yang sangat penting untuk memperkasakan diri anda sendiri, supaya anda dapat menanamkan tabiat makan yang sihat di kalangan anak anda sejak kecil. Pelajari asas pemakanan yang baik dan turunkan pengetahuan ini kepada anak-anak anda.

Ajar anak anda memilih makanan mereka dengan bijak, serta mengamalkan tabiat makan yang sihat dan gaya hidup aktif sejak kecil. Ini akan memastikan mereka mempunyai asas yang kuat untuk membesar menjadi remaja dan orang dewasa yang sihat sepanjang hayat.

Artikel penuh klik PAUTAN ini.

SAMBUTAN HARI RAYA SK PADANG BERAMPAH 2016

Pada 20 Julai 2016 bersamaan dengan hari Rabu, sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah melibatkan semua murid dan ibu bapa bertempat di Dewan Terbuka SK Padang Berampah pada jam 2 hingga 4 petang. Gambar-gambar penuh boleh dimuat turun daripada laman Facebook rasmi SK Padang Berampah.


SKPB Johan Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah 2016

Encik Kasa bin Saidi, Guru Besar SK Padang Berampah mengumumkan Kantin SK Padang Berampah telah merangkul Johan dalam Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah
Barisan ahli Jawatankuasa Kantin SK Padang Berampah 2016
Pengusaha Kantin iaitu Syarikat Nurin Enterprise telah menerima Anugerah BESS 
"Sehati Sejiwa ke Arah Kegemilangan" menjadi motto utama dalam mencapai visi dan misi kantin sekolah

Pihak sekolah menerima keputusan rasmi Pertandingan Penjurian Anugerah Kantin Bersih, Selamat dan Sihat Peringkat Negeri Sabah 2016

TAHNIAH KEPADA SEMUA WARGA SKPB dan semua pihak yang telah menyumbang secara langsung atau tidak langsung. 

Kantin SKPB merupakan JOHAN peringkat negeri Sabah 

Terima kasih kepada semua yang telah bertungkus-lumus untuk mencapai pengiktirafan ini.

Pengusaha kantin SKPB (Nurin Enterprise) juga mendapat ANUGERAH BESS: Bersih Selamat Sihat


"Sehati Sejiwa Ke Arah Kegemilangan"

Keratan Akhbar Hari Kantin Sekolah 2016


Keratan akhbar New Sabah Times pada 30 Mei 2016 
Halaman 18: Mini Karnival Kantin SK Padang Berampah Meriah 

"Sehati Sejiwa Ke Arah Kegemilangan"



SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA CALON-CALON GURU BAGI PROGRAM PISMP, CALON AMBILAN KHAS UEC, SMA/SMU, SEKOLAH SUKAN DAN SEKOLAH SENI.


SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA CALON-CALON GURU BAGI PROGRAM PISMP, CALON AMBILAN KHAS UEC, SMA/SMU, SEKOLAH SUKAN DAN SEKOLAH SENI.



Semakan pangilan temu duga calon-calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Ambilan Khas Unified Examination Certificate (UEC), Sijil Menengah Agama (SMA) atau Sijil Menengah Ugama (SMU), Sekolah Sukan dan Sekolah Seni boleh dibuat bermula 3 Mei 2016 jam 5.00 petang seperti URL di bawah.
 
# Semakan bagi  calon PISMP - https://pismp.moe.gov.my/

# Semakan bagi calon UEC, SMA/SMU, Sukan & Seni -  http://uecsma.ipg.edu.my/
 
Harap Maklum


Diterbitkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia

Perkaitan Otak dan Sistem Penghadaman



Sistem penghadaman dan otak mempunyai hubung kait sejak daripada lahir. Ia bermula dari dalam rahim. Di peringkat embrio, ketika pembentukan sistem saraf, rabung yang dikenali puncak neutral, berpecah kepada dua organ. Kemudian, sistem itu membentuk otak dan sistem penghadaman. Justeru, tidak hairanlah ada yang mengatakan bahawa sistem penghadaman juga dikenali sebagai otak kedua. Ini bermakna sistem penghadaman dan otak saling berhubung kait oleh saraf vagus, di mana kebanyakan maklumat bergerak dari sistem penghadaman ke otak dan kembali semula.

Sebenarnya, sistem penghadaman berupaya mempengaruhi keseluruhan emosi seseorang. Ini berikutan ia mempunyai kuasa kimia yang menghasilkan sebahagian besar bahan kimia yang diperlukan badan kita. Ini termasuk Serotonin, iaitu bahan kimia yang mencetuskan perasaan 'rasa-baik' dihasilkan oleh sistem penghadaman. Begitu juga dengan lebih daripada 30 neurotransmitter lain.

Meskipun kebanyakan neurotransmitter hampir sama dari segi biokimia dengan yang boleh didapati di dalam otak, namun bahan kimia berkenaan tidak memasuki otak tetapi ia memberi isyarat kepada sistem saraf pusat menerusi probiotik. Maka, apabila berlaku berlaku pengurangan bakteria baik dalam sistem penghadaman, jadi semakin kurang neurotransmitter yang dapat dihantar ke sistem otak sekali gus mempengaruhi emosi dan perasaan. Dalam erti kata lain, sistem penghadaman bertanggungjawab terhadap pencernaan makanan, sistem imun dan pengawal-selia hormon. Ini menarik minat ramai penyelidik melakukan kajian mengenai flora usus, yang dikatakan mempengaruhi emosi dan tekanan.

Kumpulan saintis ini juga mendapati bahawa hubungan intim antara sistem penghadaman dan otak adalah dwi-hala, bagaimana otak boleh menghantar rasa tidak selesa kepada perut anda, sistem penghadaman juga boleh menyampaikan rasa tenang atau gelora kepada otak.

Jadi masyarakat disarankan mengamalkan pemakanan yang baik untuk sistem penghadaman. Antaranya, mempelbagaikan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran. Ia bukan saja menyihatkan tetapi kaya sumber serat, vitamin, mineral dan antioksidan. Pemakanan seimbang memupuk bakteria yang baik untuk sistem penghadaman yang sihat. Demikian juga, tabiat pemakanan zaman sekarang ini dikaitkan dengan pembinasaan flora dalam sistem penghadaman. Justeru, kita disarankan menambah baik sistem penghadaman dengan mengambil makanan yang mengandungi probiotik. Dengan pengambilan makanan yang kaya dengan probiotik, sistem penghadaman akan menjadi seimbang.


Sumber : Berita Harian
 

Followers

HUBUNGI KAMI

PEJABAT AM - 087-802088
Emel - xba6224@moe.edu.my

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH
EN AG KU JAINUDDIN BIN AG WAHAB

PORTAL INI DISELIA OLEH GURU PENYELARAS BESTARI

PORTAL INI DISELIA OLEH GURU PENYELARAS BESTARI
NURLISA BINTI KAMBA
 
Blogger Templates