Ads 468x60px

SK PADANG BERAMPAH, PETI SURAT 61, 89857, SIPITANG, SABAH.

Labels

Isu Kesihatan : Diet Untuk Penyembuhan Luka – Mitos & Fakta

Penjagaan pemakanan yang betul selepas pembedahan dan kebakaran adalah penting untuk penyembuhan luka. Penjagaan pemakanan yang tidak betul akan menyebabkan luka lebih mudah terdedah kepada jangkitan dan proses penyembuhan akan menjadi lambat.
Gambar 1 : Fasa penyembuhan luka.
(Sumber : www.livewirelearning.com)
Anggota kesihatan dapat membantu untuk mengurangkan kadar morbiditi, mortaliti serta kos berkaitan rawatan luka. Pengetahuan mengenai rawatan luka, proses penyembuhan luka serta pemakanan yang sesuai untuk penyembuhan luka adalah penting semasa memberi pendidikan kepada pesakit.
Gambar 2 : Piramid makanan.
(Sumber : www.gopixpic.com)
Pesakit sering akan mengutarakan soalan berkaitan dengan kepercayaan dan mitos-mitos yang diamalkan secara turun-temurun dalam penjagaan luka. Adalah penting untuk memberikan fakta yang betul dan terbukti secara saintifik supaya pesakit dapat sembuh dengan cepat tanpa komplikasi teruk.
Mitos dan Fakta
1MitosIkan haruan dan ikan linang / belut sangat digalakkan supaya luka cepat sembuh.
Fakta
  • Protein adalah sangat penting untuk penyembuhan luka. Ikan haruan dan ikan linang / belut adalah sumber utama protein sama dengan ikan-ikan lain.
  • Makan semua jenis sumber protein yang mencukupi setiap hari seperti ikan, ayam, daging dan kekacang supaya luka cepat sembuh.
  • Jangan hadkan pada ikan haruan dan ikan linang / belut sahaja.
  • Jika anda mengamalkan diet vegetarian, pastikan makan cukup sumber makanan jenis kacang, kekacang seperti tauhu dan tempe serta susu setiap hari.
Gambar 3 : Makanan sumber protein.
(Sumber : www.khaleejtimes.com)
2MitosTelur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah dan lambat sembuh.
Gambar 4 : Telur
(Sumber : www.pillscout.com)
Fakta
  • Telur adalah salah satu sumber protein yang kaya dengan vitamin dan mineral. Tiada kajian yang menunjukkan pengambilan telur akan menyebabkan luka menjadi gatal, bernanah atau lambat sembuh.
  • Elakkan telur jika anda alah padanya sahaja.
Gambar 5 : Sumber protein
(Sumber : getrichandhealthynow.com)
3MitosElakkan daging ayam betina selepas pembedahan.
FaktaDaging ayam adalah salah satu sumber protein dan tiada larangan untuk mengambilnya selepas pembedahan supaya luka cepat sembuh.
4MitosMinum pati gamat atau sapu minyak gamat pada luka akan menggalakkan luka cepat sembuh.
Fakta
  • Tiada kajian yang menyokong pernyataan ini.
  • Kebanyakan pati-pati seperti pati ayam dan pati ikan haruan adalah tinggi kandungan garam dan tidak digalakkan untuk pengambilan seharian. Tidak sesuai untuk pesakit tekanan darah tinggi.
5Mitos
Buah-buahan dan sayur-sayuran tidak digalakkan selepas pembedahan kerana dikhuatiri elemen sejuk di dalamnya akan melambatkan proses penyembuhan luka.
Gambar 4 : Buah-buahan dan sayur-sayuran.
(Sumber : www.urbankingsgym.com)
Fakta
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran kaya dengan vitamin dan garam mineral yang membantu mempercepat proses penyembuhan luka.
  • Buah limau, jambu batu, anggur dan kiwi yang kaya denganvitamin C membantu dalam penyerapan zat besi.
  • Manakala sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan sawi yang kaya dengan vitamin K membantu proses pembekuan darah.
Gambar 5 : Contoh buah dan sayur yang membantu proses penyembuhan luka.
(Sumber : topfoodfacts.com, www.vemale.com, kusukaaja.com, food.detik.com, gallery.psvege.com, warungkebun.com, www.petuatradisional.com)
Sumber : Portal Rasmi MyHealth Kementerian Kesihatan Malaysia

No comments:

Post a Comment

 

JEJAK PELAWAT

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH
EN SAMRAH BIN AG DAMIT

HUBUNGI KAMI

PEJABAT AM - 087-802088
Emel - skpberampah@gmail.com

PORTAL INI DISELIA OLEH

PORTAL INI DISELIA OLEH
PUAN NURLISA BINTI KAMBA

GURU PENYELARAS BESTARI & GURU ICT

SK PADANG BERAMPAH SIPITANG
 
Blogger Templates