Ads 468x60px

SK PADANG BERAMPAH, PETI SURAT 61, 89857, SIPITANG, SABAH.

Labels

SEJARAH SEKOLAH : SK PADANG BERAMPAH SIPITANG



SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan Padang Berampah tersenarai dalam daftar sekolah-sekolah di Malaysia pada Tahun 1987. Sekolah ini terletak 152km dari ibu negeri Sabah, Bandaraya Kota Kinabalu, dan 9 km dari Pekan Sipitang. Nama Kampung Padang Berampah ini bersempena dengan nama "Pokok Berampah" yang banyak tumbuh di kawasan padang yang luas.
Bangunan pertama siap dibina atas nama projek kilat pada Disember 1986 dan dibuka untuk kemasukan pelajar pada 12 Januari 1987. Pelajar pertama sekolah ini sehingga bulan Mei 1987 hanya dua orang adik-beradik iaitu Wendy Ukab di Tahun 1 dan Dondy Ukab di Tahun 2, namun jumlah ini kian bertambah sehingga hujung tahun. Guru yang bertugas pada ketika itu 4 orang sahaja. Salah seorang daripadanya ialah En.Ibrahim Omar Ali yang merupakan guru perintis sekolah ini selaku Pemangku Guru Besar pada ketika itu dan masih bertugas sehingga kini dalam jawatan yang lain.
Pada tahun 1988, terdapat seramai 35 orang pelajar dan bilangan guru bertambah kepada 11 orang. Pada Tahun 1989, bangunan sekolah ini bertambah kepada 3 buah bangunan kayu, namun bilangan bangunan ini masih tidak dapat menampung pelajar seramai 520 orang. Pada Tahun 1990, waktu persekolahan dijalankan dalam dua sidang kerana kelas tidak mencukupi. Bilangan guru bertambah kepada 28 orang. En.Dahlan Ambun merupakan Guru Besar pertama sekolah ini dan bertugas di sini sehingga beliau bersara pada tahun 1995. Sebelum beliau bersara dalam perkhidmatannya, sekolah ini telah dinaik taraf ke Gred A pada tahun 1994 walaupun fizikal bangunan masih dalam projek kilat sehingga awal 2011.
Tahun 1995 hingga awal 1998, kepimpinan sekolah ini diterajui oleh En.Abd.Razak Hj.Matali selaku Guru Besar dan dua buah bangunan lagi telah ditambah bagi menampung bilangan pelajar 657 orang pada masa itu. Bilangan guru bertambah kepada 32 orang juga 3 orang kakitangan bukan mengajar. Tahun 1998 hingga akhir tahun 1999, jawatan Guru Besar dipangku oleh Pn.Nauyah Abdullah selaku Penolong Kanan 1 pada masa itu.
Pada akhir Tahun 1999, En Khamis Nayan telah menerajui sekolah ini selaku Guru Besar sehingga Mac 2015. Pada Tahun 2012, sesi persekolahan bermula di bangunan yang baru dan jumlah pelajar meningkat kepada 615 orang, jumlah guru kepada 62 orang dan AKS seramai 5 orang.  Pada tahun 2014, bilangan murid ialah 602 orang, guru seramai 52 orang dan 8 orang AKS.
Pada bulan Mac 2015, En Kasa Bin Saidi telah menggantikan En Khamis Bin Nayan sebagai Guru Besar SK Padang Berampah sehingga kini. Dengan memperkenalkan slogan "Sehati Sejiwa Ke Arah Kegemilangan" menjadikan warga sekolah bersatu meningkatkan prestasi sekolah. UPSR pada tahun 2015 mencatatkan keputusan yang cemerlang di mana seramai 7 orang murid memperoleh 5A dalam UPSR dan merupakan bilangan yang paling ramai di daerah Sipitang.


No comments:

Post a Comment

 

Followers

HUBUNGI KAMI

PEJABAT AM - 087-802088
Emel - xba6224@moe.edu.my

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH

GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH
EN AG KU JAINUDDIN BIN AG WAHAB

PORTAL INI DISELIA OLEH GURU PENYELARAS BESTARI

PORTAL INI DISELIA OLEH GURU PENYELARAS BESTARI
NURLISA BINTI KAMBA
 
Blogger Templates