Makluman kepada ibu bapa, penjaga dan semua murid SKPB, terdapat perubahan dalam pelan kedudukan kelas bagi tahun 2017.
Showing posts with label INFO SEKOLAH. Show all posts
Showing posts with label INFO SEKOLAH. Show all posts
PENTADBIR SEKOLAH 2016
BARISAN PENTADBIR SK PADANG BERAMPAH 2016
![]() |
ENCIK KASA BIN SAIDI GURU BESAR SK PADANG BERAMPAH |
![]() |
ENCIK ABDUL RAUP BIN SAPAR PENOLONG KANAN 1 SK PADANG BERAMPAH |
![]() |
PUAN AMANTUBILLAH BINTI ADTONG PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK PADANG BERAMPAH |
![]() |
ENCIK OSMAN BIN HJ WAYDIN PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK PADANG BERAMPAH |
VISI DAN MISI SEKOLAH
VISI
SK Padang Berampah Sipitang menjadi sekolah gemilang di
peringkat daerah menjelang tahun 2016.
MISI
SK Padang Berampah Sipitang menuju ke arah kegemilangan
melalui :
- Budaya kerja yang cemerlang
- Amalan pengurusan dan kepimpinan berkualiti
- Kepercayaan kepada Tuhan
- Tanggungjawab Komuniti yang mantap
- Ilmu pengetahuan yang luas
MATLAMAT
Menjadikan sekolah gemilang menerusi pencapaian sahsiah,
kurikulum dan kokurikulum yang cemerlang
MOTTO
"Berusaha Berbakti"
SLOGAN
"Sehati Sejiwa Ke Arah Kegemilangan"
PIAGAM PELANGGAN
Kami warga SK Padang Berampah Sipitang dengan penuh tekad
dan iltizam akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk menyediakan
sistem pendidikan terbaik serta memenuhi matlamat pendidikan negara seperti
yang berikut :
- Menerapkan sahsiah yang cemerlang kepada semua murid
- Memberi layanan yang adil dan mesra kepada semua pelanggan
- Mewujudkan kerjasama yang erat dengan semua pihak
- Melaksanakan sistem pendidikan yang bersistematik dan berkesan
- Mengamalkan konsep Sekolah Penyayang
SEJARAH SEKOLAH : SK PADANG BERAMPAH SIPITANG

SEJARAH
SEKOLAH
Sekolah Kebangsaan
Padang Berampah tersenarai dalam daftar sekolah-sekolah di Malaysia pada Tahun
1987. Sekolah ini terletak 152km dari ibu negeri Sabah, Bandaraya Kota
Kinabalu, dan 9 km dari Pekan Sipitang. Nama
Kampung Padang Berampah ini bersempena dengan nama "Pokok Berampah"
yang banyak tumbuh di kawasan padang yang luas.
Bangunan
pertama siap dibina atas nama projek kilat pada Disember 1986 dan dibuka untuk
kemasukan pelajar pada 12 Januari 1987. Pelajar pertama sekolah ini sehingga
bulan Mei 1987 hanya dua orang adik-beradik iaitu Wendy Ukab di Tahun 1 dan
Dondy Ukab di Tahun 2, namun jumlah ini kian bertambah sehingga hujung tahun.
Guru yang bertugas pada ketika itu 4 orang sahaja. Salah seorang daripadanya
ialah En.Ibrahim Omar Ali yang merupakan guru perintis sekolah ini selaku
Pemangku Guru Besar pada ketika itu dan masih bertugas sehingga kini dalam
jawatan yang lain.
Pada tahun
1988, terdapat seramai 35 orang pelajar dan bilangan guru bertambah kepada 11
orang. Pada Tahun 1989, bangunan sekolah ini bertambah kepada 3 buah bangunan
kayu, namun bilangan bangunan ini masih tidak dapat menampung pelajar seramai
520 orang. Pada Tahun 1990, waktu persekolahan dijalankan dalam dua sidang
kerana kelas tidak mencukupi. Bilangan guru bertambah kepada 28 orang.
En.Dahlan Ambun merupakan Guru Besar pertama sekolah ini dan bertugas di sini
sehingga beliau bersara pada tahun 1995. Sebelum beliau bersara dalam
perkhidmatannya, sekolah ini telah dinaik taraf ke Gred A pada tahun 1994
walaupun fizikal bangunan masih dalam projek kilat sehingga awal 2011.
Tahun 1995
hingga awal 1998, kepimpinan sekolah ini diterajui oleh En.Abd.Razak Hj.Matali
selaku Guru Besar dan dua buah bangunan lagi telah ditambah bagi menampung bilangan
pelajar 657 orang pada masa itu. Bilangan guru bertambah kepada 32 orang juga 3
orang kakitangan bukan mengajar. Tahun 1998 hingga akhir tahun 1999, jawatan
Guru Besar dipangku oleh Pn.Nauyah Abdullah selaku Penolong Kanan 1 pada masa
itu.
Pada akhir
Tahun 1999, En Khamis Nayan telah menerajui sekolah ini selaku Guru Besar
sehingga Mac 2015. Pada Tahun 2012, sesi persekolahan bermula di bangunan yang
baru dan jumlah pelajar meningkat kepada 615 orang, jumlah guru kepada 62 orang
dan AKS seramai 5 orang. Pada tahun 2014, bilangan murid ialah 602 orang,
guru seramai 52 orang dan 8 orang AKS.
Pada bulan
Mac 2015, En Kasa Bin Saidi telah menggantikan En Khamis Bin Nayan sebagai Guru
Besar SK Padang Berampah sehingga kini. Dengan memperkenalkan slogan "Sehati
Sejiwa Ke Arah Kegemilangan" menjadikan warga sekolah bersatu meningkatkan
prestasi sekolah. UPSR pada tahun 2015 mencatatkan keputusan yang cemerlang di
mana seramai 7 orang murid memperoleh 5A dalam UPSR dan merupakan bilangan yang
paling ramai di daerah Sipitang.
Subscribe to:
Posts (Atom)